Monday, January 12, 2009

news

August 11, 2007 19:28 PM

Media Diminta Perbanyak Ruangan Dan Segmen Belajar Bahasa Arab
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Media cetak dan elektronik di negara ini diminta supaya memperbanyakkan ruangan dan segmen khas mempelajari bahasa Arab bagi meningkatkan penguasaan bahasa itu, terutama di kalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.Pensyarah Bahasa Arab dari Institut Perguruan Raja Melewar, Dr Abdul Razak Abu Chik berkata berdasarkan pemerhatiannya hanya akhbar Utusan Malaysia yang mempunyai ruangan khas "Kenali Bahasa Al-Quran" diterbitkan setiap Khamis bagi mempelajari bahasa itu.Selain itu, Radio IKIM dan beberapa stesen radio, antaranya Klasik FM dan Negeri FM juga menyiarkan segmen mempelajari bahasa Arab, katanya."Media sering menjadi bahan utama untuk masyarakat membuat sebarang rujukan. Jadi belajar bahasa Arab di media juga penting demi menyelamatkan maruah bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia," katanya selepas membentangkan kertas kerja "Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Melalui Media Massa Arus Perdana" pada Seminar Islam Hadhari 2007 di sini hari ini.Berbanding bahasa Arab, Abdul Razak berkata kebanyakan subjek lain mempunyai sisipan khas dalam akhbar selain mempunyai segmen khusus dalam stesen radio dan saluran televisyen pendidikan.Seminar tiga hari anjuran Sekretariat Islam Hadhari yang juga projek khas Perdana Menteri itu berakhir esok. Sebanyak 10 kertas kerja dibentang pada seminar itu oleh ahli panel dari Amerika Syarikat, Singapura, Brunei, Indonesia dan Malaysia.Abdul Razak berkata majalah berbahasa Arab "Mahir" telah diterbitkan sejak Mei tahun lepas bagi menggalakkan pembelajaran bahasa Arab di kalangan rakyat negara ini.-- BERNAMA

No comments: